A. 9 CIRI KEUSAHAWANAN YANG
SANGAT DIPERLUKAN BESERTA CONTOH TOKOHNYA
1) MENGAMBIL RISIKO TERBUKA
Perniagaan menuntut sepenuh perhatian,
tenaga, masa dan pengorbanan yang menyeluruh kerana perniagaan merupakan bidang
yang serius. Seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri berani mengambil
risiko kerana setiap perniagaan pasti ada zaman kejatuhan walaupun sekali.
Dalam petikan surat khabar Sinar Harian bertarikh 30 Jun 2013, menyatakan
bahawa “setiap induvidu yang mahu bergelar usahawan perlu menyiapkan diri
dengan ilmu yang cukup dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal
berlaku”. Petikan ini membuktikan bahawa pentingnya seorang usahawan bersedia
mengambil risiko yang bakal datang.
Ciri ini amat sesuai dengan tokoh
keusahawanan di Malaysia iaitu Tan Sri Lim Goh Tong. Kedatangan beliau sebagai
seorang yang sangat miskin menyebabkan beliau berusaha lebih keras untuk
membaiki taraf hidupnya. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2007 sebagai
orang terkaya di Asia Tenggara dengan asset bernilai RM421.8 bilion. Sebelum
beliau meninggal, beliau sempat menulis biografi yang bertajuk “My Story”.
Karya tersebut menceritakan tentang kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong dalam bidang
keusahawanan. Beliau sering mengamalkan sikap menepati masa. Sebagai contoh
beliau akan hadir 10 minit awal dari masa perjanjian. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif
sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa
tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang
bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita
itu tercapai. Beliau akan menerima apa sahaja risiko yang bakal datang
kerana bagi beliau mereka yang takut akan risiko adalah mereka yang tidak
Berjaya.
Selain itu, Tan Sri Lim tidak pernah terfikir
untuk bersara walaupun kewangan beliau sudah stabil. Beliau tetap sanggup
mengambil risiko dengan terbuka kerana baginya bila-bila sahaja adalah
merupakan waktu yang terbaik untuk memulakan sesuatu perniagaan. Apabila beliau
berkata ingin membangunkan kawasan peranginan yang terkenal, ramai sahabatnya
tercengang dan tidak percaya. Hal ini demikian kerana idea dan impian beliau merupakan
risiko yang besar dan jika tidak berjaya beliau akan mengalami kerugian yang
besar. Bahkan terdapat seorang sahabatnya menyatakan bahawa ideanya seperti
cerita ajaib dalam Hikayat Seribu Satu Malam. Walau bagaimanapun, beliau tetap
tekad meneruskan cita-citanya untuk membangunkan kawasan hutan sebagai pusat
peranginan yang terkenal.
Semangat usahawan yang tinggi dapat dilihat
dalam diri Tan Sri Lim Goh Tong walaupun usia beliau sudah mencecah 50-an.
Beliau masih sanggup mengambil risiko dan bersedia dengan sebarang kemungkinan
secara terbuka dalam bidang hartanah. Beliau seorang yang mempunyai kekuatan dalaman dan ia tidak disedari
oleh orang ramai, seorang yang mempunyai gaya sederhana tetapi mempunyai
keazaman yang waja untuk mencapai kecemerlangan.
Tuntasnya,
setiap usahawan perlu menerima sebarang kemungkinan untuk jatuh dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk
terus membina masa depan yang cerah. Jika seorang usahawah itu tidak berani mengambil sebarang risiko maka
hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan. Hal ini demikian
kerana, usahawan yang takut akan risiko mampu menghalang mereka daripada
berfikiran kreatif dan inovatif.
Tan
Sri Lim Goh Tong
2) MEREBUT PELUANG
Tan Sri Anthony Francis
Fernandes yang dikenali sebagai Tony
Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas
"Tune Air Sdn Bhd",yang memperkenalkan penerbangan
tambang murah kepada penduduk
Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu
naik kapal terbang". Melalui perkara ini ,terbukti bahawa Tony Fernandas
adalah seorang yang merebut peluang. Selepas Fernandes memulihkan AirAsia daripada sebuah
syarikat penerbangan yang kurang maju kepada sebuah syarikat awam yang
cemerlang, beliau telah menjadi terkenal. Fernandes juga telah berperanan dalam
pencapaian Persetujuan-persetujuan
Langit Terbuka dengan negara
Thailand, Indonesia dan Singapura, dengan mendapatkan persetujuan bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah
bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan
tambang rendah yang lain. Selain itu beliau juga telah mengambil peluang dengan
membeli syarikat air asia yang berhutang dan pada ketika itu tiada sesiapa yang
berani untuk menaiki kapal terbang namun beliau seorang sahaja yang dapat
melihat peluang dalam industri penerbangan.
Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr.
Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak
syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, telah mengalami kemerosotan disebabkan
tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba
menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr.
Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang
sedia ada, selain daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan
keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat
tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua
buah kapal terbang Boeing yang
berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.
Waktu itu merupakan suatu tempoh masa yang paling
teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan ,menyebabkan
orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila". Hal
ini kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal
terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis.
Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan
hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi
AirAsia dengan imej dan konsep yang
baru telah membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh
masa yang pendek.
Fernandes
berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat.
Pada waktu itu sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus.
Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu.
Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang
penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam
keadaan ekonomi yang
ketat.. Ferdandes mengandaikan bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal
terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum
AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6
peratus daripada penduduk Malaysia sahaja yang pernah menaikki kapal terbang Strategi ini telah memberi kejayaan kepada
beliau.
Kesimpulannya, Pencapaian Fernandes yang terbesar
ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan
antarabangsa. Atas permintaanya, beliau mencapai kejayaaan dalam mendapat hak
pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat
penerbangan tambang rendah yang lain. Sekarang, terdapat beberapa syarikat
penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu Tiger airways sebuah syarikat
singapura, Lion air sebuah syarikat Indonesia dan sebagainya.
Tony Fernandes
3)
BERPANDANGAN
JAUH
Usahawan dalaman bahasa Inggeris entrpeneur
berasal daripada bahasa Perancis entreprendre bermaksud memikul tugas atau
mencuba. Usahawan bermaksud seseorang yang mengusahakan perniagaan sehingga
berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan
yang strategik untuk terus berjaya. Menurut Brian Tracy dalam bukunya,
‘Reinvention-Edisi Bahasa Melayu’,” salah satu ciri orang yang paling Berjaya
adalah yang berpandangan jauh. Menurut beliau berpandangan jauh bermaksud
mereka yang sentiasa memikirkan perihal masa depan.” Sebagai contoh, Ananda
Krishnan berpandangan jauh apabila membangunkan KLCC, Menara Berkembar Petronas
setinggi 88 tingkat, bangunan kedua tertinggi di dunia.
Ananda Krishnan dilahirkan pada tahun 1938
kepada ibu bapa yang berasal dari Sri Lanka. Beliau belajar di Vivekananda
Sekolah Tamil di Brickfields Kuala Lumpur dan melanjutkan di Victoria
Instituion, Kuala Lumpur. Beliau memperolehi ijazah BA kepujian dengan pengkhususan
dalam bidang sains politik. Seterusnya Ananda Krishnan mendapat ijazah Sarjana
Pentandiran Perniagaan dari Hardvard Business School dan menamatkan pengajian
pada tahun 1964.
Selain itu bukti lain sebagai beliau seorang
yang berpandangan jauh ialah beliau menawarkan perkhidmatan TV Satelit Astro
kini meliputi beberapa negara seperti Malaysia, Taiwan, Indonesia, India,
Filipina, Brunei dan Vietnam. Di Malaysia sahaja, 850,000 orang menggunakan
perkhidmatan TV Satelit Astro. Astro bernilai RM 4 billion. Fikiran beliau
berasaskan masa depan telah memberikan keuntungan yang besar kepada beliau.
Seterusnya beliau juga melihat dan menilai peluang perniagaan di luar negara.
Ananda Krishnan mempunyai kepentingan dalam bidang minyak dan gas di Amerika
Syarikat, Sri Lanka, Mesir, Indonesia dan sebagainya. Beliau juga memiliki
studio animasi, sebuah di Filipina dan sebuah lagi di Hollywood. Beliau juga
memiliki pembakaan kuda di Australia. Selain itu, beliau juga memiliki
kepentingan dalan TVB.com, iaitu TV interaktif yang berpusat di Hong Kong.
Kesimpulannya, golongan muda kini perlu
mencontohi Ananda Krishnan supaya mereka juga dapat mengambil keputusan
berdasarkan masa depan. Mereka yang berfikiran ke hadapan akan menghadapi
pelbagai cabaran untuk berjaya dengan cemerlang.
Ananda
Krishnan
4) KEGAGALAN ADALAH PILIHAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka, kegagalan bermaksud tidak berhasil atau tidak
berjaya; tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Oleh itu, adalah
perkara biasa bagi mereka yang menghadapi kegagalan untuk merasa sedih dan
kecewa. Namun begitu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, individu
haruslah memilih kegagalan sebagai satu pilihan dalam apa jua yang diusahakan.
Seseorang usahawan berjaya akan memandang kegagalan sebagai satu dorongan untuk
terus berjaya dan mencapai apa yang dirancang.
Tokoh yang boleh dikaitkan ialah Puan Faridah
Zakaria. Beliau merupakan pengasas rekaan tudung berjenama terkemuka di
Malaysia iaitu tudung FAREEDA. Rekaan tudung beliau mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada rakyat Malaysia sehingga mampu menghasilkan jualan hampir
RM 20 juta pada tahun 2012.
Puan Faridah tidak mengecapi kejayaan dalam
waktu yang segera. Beliau sebenarnya pernah mengalami kegagalan. Sebelum
berjinak dalam dunia fesyen tudung, beliau terlibat dalam bidang kecantikan
dengan membuka sebuah salun kecantikan dii Pulau Pinang. Namun begitu, salunnya
tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dan bertahan selama setahun sahaja.
Sememangnya selepas gagal dalam perniagaan
salun, beliau merasa tertekan kerana mengenangkan kehidupannya yang benar susah
dan perlu menyara keluarga. Akan tetapi, kegagalan itu tidak membuatkan beliau
terus leka dalam perasaan kecewanya. Beliau menganggap ianya sebagai cabaran
dan pemangkin untuk beliau meneruskan kehidupan dan memulakan sesuatu yang
baru.
Beliau telah mula menjahit tudung mengikut
rekaannya sendiri lantaran susah untuk menemui rekaan tudung yang mengikut
citarasanya di pasaran. Sahabat dan saudara-maranya tertarik dengan rekaan
tudung tersebut dan mula membuat tempahan. Maka bermulalah penglibatannya dalam
bidang fesyen tudung. Awalnya, tempahan tudung yang beratus-ratus hanya
disiapkan menggunakan dua mesin jahit terpakai. Walaupun sibuk menyiapkan
tempahan, beliau tetap bijak dalam membahagikan peranan sebagai seorang
usahawan, isteri dan ibu. Puan Faridah beruntung kerana dikurniakan suami yang
sangat memahami dan mendorongnya sentiasa.
Kini, Fareeda House of Scarfs dengan slogan
Nyata Jelita telah mempunyai lebih daripada 100 orang pekerja dan 300 pengedar
di seluruh Malaysia. Fareeda juga telah berjaya menawan hati ramai wanita dan
juga mempunyai pelanggan setia walaupun tudungnya mencecah ratusan ringgit. Ini
adalah hasil daripada semangatnya untuk bangun daripada kegagalan dan juga
kreativiti yang dimilikinya dalam menghasilkan tudung yang berkualiti tinggi,
selesa dan cantik.
Kesimpulannya, benarlah kata pepatah, “Gagal sekali tidak bermakna gagal
selama-lamanya”.
Puan Faridah
5) BUDAYA TERBUKA
Budaya berniaga bukanlah perkara yang
asing dalam masyarakat Islam. Malah budaya berniaga ini amat ditekankan oleh
Nabi Muhammad SAW sebagai pintu rezeki yang utama. Ini selaras dengan sebuah
hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud; “Sembilan daripada persepuluh
rezeki datang daripada perniagaan” Penekanan budaya berniaga dalam
Islam turut menekankan nilai-nilai baik yang perlu diamalkan
menepati prinsip dan matlamat syariah.
Tokoh yang sesuai dengan ciri yang membuka
budaya ialah Tan Sri Mohd Nadzmi Salleh. Beliau berasal dari Kota Bharu,
Kelantan. Beliau dilahirkan pada 1 Mei 1954. Beliau juga mempunyai 10 orang
adik-beradik.
Seseorang usahawan perlu mempunyai sikap yang
terbuka jika ingin berjaya. Beliau berpendapat bahawa seseorang usahawan
seharusnya tahu bagaimana melakukan sesuatu dalam masa yang singkat dan
menggunakan kos yang paling rendah. Perwatakan untuk menjadi seseorang yang
berjaya ialah perlu sentiasa ceria dan tersenyum. Selain itu, usahawan juga
perlu mudah mesra untuk memudahkan pekerja mendekati kita dalam urusan
kerja.
Tan Sri Mohd Nazri
6)
KERJA
BERPASUKAN
Usahawan yang berjaya mengakui bahawa mereka
tidak akan dapat membina empayar dan mencapai tahap kejayaan yang begitu tinggi
bersendirian. Pendekatan yang digunakan adalah dengan mengamalkan team-oriented
atau bekerja sebagai satu pasukan. Kejayaan itu lebih sukar jika diusahakan
sendirian berbanding bergandingan didalam satu pasukan.
Bagi usahawan yang mengaplikasikan pimpinan
berorientasikan pasukan, mereka akan mempunyai hubungan yang tidak terbatas
antara ahli pasukannya. Mereka juga bebas untuk berkomunikasi antara satu sama
lain. Hal ini akan mewujudkan rasa selesa kepada ahli pasukannya bagi menjana
dan menyatakan ideanya. Maka,
Ciri ini mampu dan terbukti dapat
meningkatkan kecekapan dalam apa jua yang dilakukan. Di samping itu, ia dapat
mencetuskan lebih banyak idea-idea yang kreatif dan inovatif. Dan inilah yang
membawa kejayaan kepada seseorang usahawan dan pasukannya.
Usahawan yang menepati ciri ini ialah seorang
yang benar-benar berjaya dan dikenali di pelosok dunia. Beliau ialah William Henry
Gates III atau lebih dikenali ramai sebagai Bill Gates. Beliau merupakan
usahawan yang membangunkan perisian komputer yang digunakan hampir di seluruh
dunia iaitu Microsoft dan telah mengaut untung yang begitu banyak.
Pada awalnya, Gates bekerjasama dengan sahabatnya ketika
sekolah menengah dan kolej, Paul Allen. Mereka mempunyai minat dan
kecenderungan yang sama membolehkan mereka untuk menjana idea bagi mencipta
Microsoft. Mereka juga bekerja sebagai pasukan yang serasi walaupun mereka
hanya berdua pada awal penciptaan dan pengenalan Microsoft.
Idea penciptaan mula tercetus apabila Allen menceritakan
tentang artikel majalah kepada Gates mengenai penciptaaan komputer mikro yang
pertama. Mereka berdua sama-sama dapat melihat peluang yang dapat di ambil
daripada penciptaan komputer tersebut. Kemudian, Gates dan Allen bekerjasama
siang dan malam bagi menyiapkan model perisian tersebut. Hasil usaha dan
gandingan serasi Gates dan Allen, ahirnya perisian tersebut berjaya beroperasi
apabila perisian tersebut di uji di Albuquerque.
Bagi mencipta sebuah pasukan yang hebat, Gates hanya
memilih pekerja yang dirasakan hebat dan mampu bekerja dengan cekap serta
pantas. Ciri-ciri yag ditetapkan oleh Bill Gates adalah merujuk kepada sifat
beliau sendiri. Apabila pekerja atau ahli pasukan mempunyai sifat dan
kecenderungan yang sama, ini memudahkan segala interaksi yang akan berlaku
dalam sesebuah pasukan.
Kesimpulannya, usahawan yang mengamalkan kerja yang
berorientasikan pasukan sememangnya mempunyai kemungkinan yang amat tinggi
untuk mencapai kemuncak kejayaan. Akhir kata, pasukan yang hebat membawa kepada
kejayaan yang diimpikan.
William
Henry Gates III
7) PROAKTIF
SINAR ONLINE 20 JANUARI 2015, KUALA
LUMPUR - Setiap orang perlu proaktif mengambil peluang yang ada untuk menjadi
komuniti usahawan yang berjaya. Dalam sesebuah perniagaan, semangat proaktif sangat
penting untuk menjaga keuntungan syarikat.
Ciri ini sangat penting dan bersesuaian
dengan tokoh Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar. Beliau dikatakan sebagai seorang
usahawan yang proaktif. Beliau merupakan bekas penuntut pusat pengajian Universiti
Malaya. Beliau telah memulakan kerjayanya dalam perkhudmatan Kerajaan di
Pejabat Daerah dan Tanah Selangor & Galian Selangor. Selepas itu, beliau
beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan
Shah Alam Properties Sdn. Bhd.
Beliau dikenali sebagai seorang
Pengerusi Eksekutif yang aktif dan praktikal. Berbekalkan ilmu dan pengalaman
yang beliau perolehi semasa memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah
dan Galian selama kira-kira 21 tahun dalam industri pembangunan hartanah. Tan
Sri Mustapha Kamal mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya kerana beliau
dapat menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi kumpulan dengan
merangka wawasan serta matlamat. Oleh itu, beliau dapat mencurahkan segala
pengetahuan yang beliau miliki dalam bidang industri kepada semua
kakitangannya.
Tan Sri juga merupakan seorang yang
pemurah kerana beliau telah banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah
tempatan dan antarabangsa. Selain itu, beliau juga merupakan Pengarah
South-South Corporation Berhad (MASSCORP), ahli jawatankuasa Eksekutif
Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan Penyelaras Negara bagi Afrika.
Beliau juga telah mendapat beberapa
anugerah sebagai penghargaan keran telah memberi pelbagai sumbangan yang besar
sepanjang tempoh kerjaya beliau dengan cemerlang. Antaranya ialah pada 15 Mac
2004, Tan Sri Mustapha Kamal telah dianugerahkan dengan pengiktirafan
“Professor Adjung” oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Beliau juga telah
menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong
dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja Muda Perak. Beliau juga
menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana,
Tan Sri Mustapha Kamal
8)
HASIL
BERORENTASI
Hasil
berorientasi bermaksud usahawan yang mengutamakan mengerjakan tugas –tugasnya
dengan baik. Seorang usahawan amat mementingkan proses yang dilakukan untuk
menyelesaikan tugas, supaya memastikan tugas tersebut berjalan secara efisien
atau tidak. Seorang usahawan mengutamakan keefisienan dan keefektifan suatu
tugas, disebabkan ia melibatkan pelbagai sumber seperti dana (modal) yang
dikeluarkan, tenaga yang dihabiskan dan waktu yang diguna. Oleh itu, Tan Sri
Syed Mokhtar Al Bukhary seorang usahawan yang Berjaya.
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada
tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut,Yaman. Bapanya , seorang yang
selalu mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berdagang. Pada pertengahan tahun
1940-an, bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan untuk menetap di Alor
Setar, Kedah. Beliau merupakan anak ketiga dari tujuh orang adik beradik.
Mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan hinggakan rumah kayu yang didiami
mereka tidak mempunyai katil, meja dan kerusi. Tan Sri Syed Mokhtar memulakan
persekolahannya di Alor Setar, Kedah tetati apabila usia beliau mencapai 9
tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama saudaranya sehingga tingkatan dua.
Kemudian, Tan Sri Mokhtar balik ke kampong halamannya di Alor Setar dan
menyambung persekolahannya hingga ingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli
rumah kedainya yang pertama di jalan Telok Wanjah, Alor Setar di bawah
perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA). Pada tahun 1975
pula, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lessen perdagangan beras
daripada Bernas. Beliau Berjaya mendapat kontrak berjaya mendpat kontrak bagi
membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA, pernas edar dan beberapa anak syarikat
Perbadanan Ekonomi Negeri Johor.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Daripada membekalkan beras, beliau
kemudiannya mengembangkan perniagaan kepada komoditi lain Bukhari Sdn.Bhd.
setahun selepas Tan Sri Mokhtar memulakan operasinya, beliau menubuhkan Tan Sri
Bukhari bagi mendapatkan kontrak membekalan beras, tepung coklat, tepung, susu
dan minyak sapi kepada kerajaan. Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan
itu, Tan Sri Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn.Bhd pada tahun 1979, iaitu sebuah
syarikat usaha sama dengan New Zealand Milk Products dan memasarkan produk di
bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Namun ekoran daripada kegawatan ekonomi,
beliau telah menjual kepentingan dalam Susu Mas Sdhn.Bhd padapertengahan tahun
80-an.
Tan Sri Syed Mokhtar telah dijemput untuk
Ekspo PerdagangaN Canton, China pada tahun 1978. Semasa berada di China, beliau
telah melaksanakan sisitem barter iaitu dengan menukarkan keluaran kokonya
dengan the yang dari China. Beliau kemudiannya telah melangkah kepada sector
pembuatan pakaina seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan iaitu
dengan membekalkan pihak tentera 120000 pasang kasut dan 330000 pasang pakaian
seragam. Ekoran dari kejayaan inilah, beliau telah menubuhkan Amtek Holdings
bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi
mengeluarkan pakaian. Pada tahun 1998, Amtek Holdings telah disenaraikan di
Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL). Wang diperolehi daripada
penyenaraian inilah beliau telah membeli Spark Manshop bagi mengeluaran dan
memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kinin anak syarikat Amtek Holdingd iaitu
Amtek Garments Sdn.Bhd telah mengeluarkan kasut tentera dan pakaian berjenama
Lee Coopers dan Louis.
Sumbangan Yayasan Al-Bukhary dalam projek
bukan islam juga terserlah. Walaupun Yayasan Al-Bukhary lebih menekankan kepada
projek kebajikan yang bercicirkan Islam, beliau tetap menyumbang kepada projek
yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam seperti sumbangan dana RM1 juta
bagi Projek Langkawi yang dilaksanakan oleh MCA untuk program pendidikan di
luat Bandar dan biasiswa kepada pelajar miskin. Kesimpulannya, beliau adalah
usahawan Bumioutera yang terkaya di Malaysia yang mengutamakan ciri hasil
berorientasi dalam kehidupannya.
9)
RANGKAIAN
Rangkaian bermaksud
sekumpulan peranti dan juga dikenali sebagai nod, yang berhubungan dengan media
penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti
yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam
rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi., Rangkaian
mempunyai pelbagai jenis seperti talian internet, talian telefon seperti digi,celcom dan maxis. Oleh
itu,seorang usahawan yang berjaya dalam bidang rangkaian ialah CEO Maxis yang
bernama Morten Lundal. Morten menyertai Maxis sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada
1 Oktober 2013, membawa bersamanya lebih 16 tahun pengalaman dalam industri
telekomunikasi. Morten juga Pengarah Maxis Berhad dan anak-anak syarikat
operasi.
Sebelum menyertai Maxis,
Morten merupakan Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Vodafone Group Plc, ahli
Jawatankuasa Eksekutif yang bertanggungjawab bagi aktiviti komersial di
peringkat kumpulan. Sebelum memegang jawatan itu pada tahun 2010, beliau
menjadi ketua pegawai eksekutif serantau bertanggungjawab bagi lapan syarikat
yang beroperasi di Eropah Tengah dan Afrika. Beliau menyertai Vodafone pada
tahun 2008.
Sebelum Vodafone, beliau
adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DiGi.Com Berhad. Morten menyertai
pengendali mudah alih Nordic Telenor pada tahun 1997 dan telah memegang
beberapa jawatan Ketua Pegawai Eksekutif termasuk Bahagian Internet dan Telenor
Business Solutions serta jawatan Naib Presiden Eksekutif bagi Strategi
Korporat. Morten memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari IMD
Lausanne dan Ijazah Sarjana Perniagaan dan Ekonomi dari Sekolah Norway
Pengurusan, BI.
Kesimpulannya, beliau
menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan meggunakan ciri rangkaian dengam
sepenuhnya. Morten merupakan seorang usahawan yang mempunyai fikiran yang luas
tentang kegunaan rangkaian terhadap manusia pada zaman moden kini.
B. BIOGRAFI
TOKOH KEUSAHAWANAN DAN 5 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN YANG TERDAPAT PADA DIRI BELIAU.
TAN
SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ialah
dikenali sebagai usahawan yang cintakan kebajikan kerana beliau telah banyak
memberi sumbangan kepada negara. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah iaitu
pada tahu 1951. Keluarga beliau adalah berasal dari Hadhramaut, Yaman. Bapa
beliau selalu mengembara hingga ke Asia Tengah untuk melakukan aktiviti
berdagang. Bapa beliau juga telah memmbuat keputusan untuk menetap di Alor
Setar, Kedah pada pertengahan tahun 1940. Beliau merupakan anak ke tiga
daripada tujuh orang adik beradik. Dari mula kehidupan beliau lagi beliau hidup
dalam keadaan yang serba kekurangan kerana rumah yang didiami oleh ahli
keluarganya tidak mempunyai katil, meja, kerusi, dan perabot-perabot lain. Tan
Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga tidak memulakan persekolahan pada umur 7 tahun
malah beliau memulakan persekolahan ketika berumur 9 tahun ketika tinggal
bersama bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru sehingga beliau berumur 14
tahun. Dan kemudiannya beliau tinggal bersama ahli keluarganya balik di Alor
Setar untuk menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan 5 di Sekolah Saint
Micheal’s.
Keadaan keluarga Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary yang serba kekurangan telah memberi semangat kepada kepadanya untuk
memulakan perniagaan bagi membantu menampung pendapatan keluarganya. Oleh hal
demikian, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary membantu ibunya bercucuk tanam dan
kemudiannya menjual sayur-sayuran iu di pasar di Jalan Telok Wanjah. Selain
itu, beliau juga membantu bapanya mengembala haiwan peliharaan bapanya selepas
waktu sekolah namun walaubagaimanapun pada tahun 1970-an, tercetus wabak kaki
dan mulut sehingga menyebabkan perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami
kemeresotan. Namun, mereka tidak berputus asa malah mereka meneruskan lagi
perniagaan menjual daging tetapi menjual daging ais secara kecil-kecilan.
Selepas perniagaannya stabil beliau beralih
kepada perniagaan pengangkutan dan akhirnya pada tahun 1972. Syarikat Kenderaan
Sentosa memberinya permit bagi empat buah lori kelas A. Perniagaannya semakin
berjaya dan terus berjaya. Walaupun sudah berjaya beliau masih meneruskan lagi
perniagaan secara terus menerus sehinggalah pada tahun 1974, Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhary membeli rumah kedainya yang pertama di bawah perjajian sewa
beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) di Jalan Telok Wanjah, Alor Setar.
Tahun demi tahun sehinggalah beliau berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri iatu
Syarikat Shah dan mendapat lesen perdagangan beras daripada BERNAS dan pada
tahun 1975, beliau membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA, Pernas, dan beberapa
syarikat lain. Kejayaannya itu amat memotivasikan diri kami sebagai anak muda
untuk memajukan perniagaan ke persada dunia sehingga berjaya.
Selepas membekalkan beras, beliau
mengembangkan perniagaan barunya iaitu Bukhari.Sdn.Bhd yang mengeluarkan gula
dan kekal sehingga sekarang. Kemudian, beliau menubuhkan Bukhary (KL), Sdn.Bhd
bagi membekalkan beras, tepung coklat, teh, minyak sapi dan beberapa makanan
lain kepada kerajaan. Selain itu, beliau menubuhkan Susu Mas Sdn.Bhd dengan
usaha sama dengan New Zealand Milk Products di bawah jenama Fernleaf dan
Anchor.
Semasa beliau berada di China pada tahun
1978, beliau telah menukarkan keluar koko dari Malaysia dengan teh dari China
dengan menggunakan sistem barter. Seterusnya, beliau menggiatkan perniagaan
kepada pembuatan pakaian. Kementerian Pertahanan dibekalkan oleh Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhary dengan ratusan ribu pasang kasut dan pasangan pakaian
seragam. Tambahan pula, beliau menubuhkan Amtek Holdings yang telah tersenarai
di Papan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan dengan inilah pakaian jenama
Crocodile dikeluarkan dan dipasarkan.
Pelbagai jenis perniagaan beliau telah ceburi
dan beliau sentiasa ingin melakukan perubahan. Perniagaan seterusnya pula ialah
perkapalan dan penubuhan Bukhari Shipping. Beliau menamakan kapal yang
mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak dengan nama Angsa Mas. Kapal
tersebut telah dibeli olehnya dari Jerman. Kemudian, beliau melibatkan diri
dalam projek perumahan di bawah Syarikat Bukhary Development. Beliau juga
melibatkan diri dalam projek penswastaan Johor Port Sdn Bhd dan Johor Tenggara
Oil Palm Sdn.Bhd dan dari situ beliau berjaya mempopularkan Pelabuhan Tanjung
Pelepas sehingga meyakinkan syarikat perkapalan antarabangsa.
Akhir sekali, pada Mac 1996, Tan Sri Syed
Mokthar Al Bukhary menubuhkan badan kebajikan masyarakat bagi membantu golongan
miskin dan mebiayai pelajar pelajar muslim supaya dapat belajar. Pada masa yang
sama, beliau telah membina Kompleks Perniagaan (SOUQ), Masjid Al-Bukhary di
Alor Setar, Kedah dan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur. Pelbagai
lagi kebajikan yang telah beliau sumbangkan kepada Malaysia mahupun di luar
negara.
Sebagai seorang manusia yang ingin berjaya,
kita haruslah mencontohi ciri-ciri yang ada pada Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary. Pelbagai ciri-ciri keusahawanan yang ada pada beliau yang
menyebabkan beliau berjaya sampai hari ini dan mengharumkan nama Malaysia
dipersada dunia. Antara ciri-ciri keusahawanan yang ada pada beliau ialah
sentiasa berusaha dan tidak pernah mengalah walaupun gagal dengan percubaan
pertama, mengingati agama Islam walaupun sudah berjaya, tidak mementingkan diri
sendiri, bijak mengambil peluang, dan tegas dalam sesuatu perkara.
1. Sentiasa
berusaha walaupun pernah gagal.
Ciri keusahawan pertama yang akan kami
bincangkan ialah sentiasa berusaha walaupun gagal. Sebagai contoh, Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhary membantu bapanya menjual lembu-lembu ternakan bapanya. Pada
suatu ketika dahulu, perniagaan bapanya muflis oleh kerana penyakit virus kaki
dan mulut. Hal ini amat merunsingkan keluarga akan tetapi beliau dan bapanya
tidak putus asa dalam menggiatkan diri dalam perniaggaan menjual daging lembu.
Oleh itu, mereka mengambil alih untuk
menjual daging ais secara kecil-kecilan dari pekan ke pekan di sekitar Alor
Setar dan menjualnya kembali kepada peniaga-peniaga Bumiputera dan
restoran-restoran yang memerlukan daging di sekitar Alor Setar. Dah akhirnya,
perniagaan itu berjaya dan memberikan keyakinan kepada beliau untuk terus
membuka perniagaan-perniagaan baru.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pernah
berkata “Saya malu dengan orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda di tanah
Malaysia. Tapi inikan tanah Melayu. Saya tahu orang Melayu kalau hendak
berjaya, kena kerja tidak kira siang dan malam. Kita ada kekuatan yang Allah
beri melebihi bangsa lain. Tapi kalau kita nak berjaya kita kena berusaha”.
Selain itu, sekitar tahun 1979 Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhary telah menubuhkan Susu Mas Sdn.Bhd iaitu syarikat usaha sama
dengan New Zealand Milk Products di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada
sekitar pertengahan 80-an, berlaku kegawatan ekonomi yang sangat teruk. Beliau
telah sedaya upaya untuk menstabilkan perniagaannya namun tidak berjaya dan
beliau membuat keputusan untuk menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn.Bhd.
Walaupun beliau telah menjual kepentinggannya dalam perniagaan susu tetapi
beliau tidak hanya berhenti di situ. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary meneruskan
lagi perniagaannya dalam sektor lain supaya lebih maju dan beliau dapat
mengumpul pelbagai pengalaman dari apa yang telak beliau lalui. Akhir sekali,
ciri ini adalah ciri utama yang perlu ada pada setiap usahawan yang ingin
memajukan perniagaan mereka.
2. Tidak
mementingkan diri sendiri.
Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Tan
Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memiliki ciri usahawan yang tidak mementingkan diri
sendiri. Jika setiap usahawan memiliki sifat mementingkan diri sendiri maka itu
adalah sifat akan tamakkan harta dan sifat ini tidak akan membwa kejayaan
kepada mana mana usahawan. Hal ini demikian kerana, beliau telah membina
yayasan yang bernama Yayasan Al-Bukhary telah menjalankan pelbagai projek mega.
Antaranya, Pusat Kecermelangan Sharifah Rokiah, Kompleks Perniagaan (SOUQ),
Hospital Al-Bukhary, Hostel Al- Bukhary, Masjid Al-Bukhary, Pusat Pendidikan
Masyarakat Pusat ‘Pondok’ Moden, Rumah Kanak-Kanak Istimewa dan banyak lagi
kemudahan yang dibina oleh beliau. Beliau juga telah membina 12 masjid melalui
yayasan ini serata dunia. Dari situ kita boleh lihat bahawa beliau adalah bukan
seorang yang mementingkan diri sendiri kerana beliau memberi
kemudahan-kemudahan yang penting kepada penduduk di sekitar Alor Setar mahupun
negeri lain.
Tan Sri Syed Mokhatar Al-Bukhary pernah
berkata “Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong
orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang
korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu
lebih kuat daripada yang lain” dan “saya ada emotional attachment kepada
bangsa, agama, dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting.
Pangkat dan gelaran itu tidak mustahak”.
Seterusnya, semasa Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary mengurus sektor pembuatan beliau telah membekalkan sebanyak 120,00
pasang kasut, 330,000 pasang pakaian seragam di bawah kontrak pihak Kementerian
Pertahanan. Maka, kita boleh lihat bertapa sifat tidak mementingkan diri dalam
sifat beliau. Beliau telah membantu Malaysia dalam menyumbangkan pakaian
seragam kepada pihak pertahanan Malaysia. Beliau berjaya menubuhkan Amtek Holdings
dan Oriental Garments Uniform Division iaitu dalam pengeluaran kasut dan
pakaian.
3. Tidak
lupa akan agama Islam
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak pernah
lupa atas nikmat yang telah Allah berikan kepadanya. Malah hasil kekayaannya
dia berkongsi dengan orang yang memerlukan bantuannya. Sebagai contoh, beliau
telah membina Yayasan Al-Bukhary iaitu institusi pengajian yang membantu
pelajar-pelajar Malaysia untuk 3,000 orang. Selain itu, beiau juga telah
memperkenalkan kesenian Islam kepada pelancong asing dengan membina Muzium
Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur. Muzium tersebut adalah muzium pertama
yang memaparkan hasil seni Islam. Seterusnya, beliau membina Masjid Al-Bukhary
yang berdekatan dengan pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi
khas warga emas, dan pusat pengajian tinggi. Kebanyakkan kemudahan ini,
disediakan untuk membantu pelajar anak orang Melayu. Ini kerana beliau ingin
melihat anak-anak Melayu ini berjaya dan dapat mengatasi kekayaan yang dimiliki
orang Cina. Beliau pernah berkata bahawa beliau sedih melihat keadaan
sekolah-sekolah pondok di Alor Setar kerana kehidupan yang serba kekurangan.
Beliau telah banyak membantu orang ramai dalam kehidupan harian kerana beliau
ingin berkongsi kekayaan beliau dengan masyarakat lain.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary “Ketika
Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang
boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.
Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu
yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat
daripada yang lain”.
Tambahan pula, Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary bukan sahaja membantu bangsa melayu malah beliau memberi sumbangan
kepada projek yang dilakukan oleh orang bukan Islam seperti sumbangan RM1 juta
bagi Projek Langkawi untuk progran pendidikan di luar bandar dan biasiswa kepda
pelaja miskin. Seterusnya, beliau juga menjana setiap tahun bagi penghantaran
rakyat Malaysia yang tidak mampu menunaikan kewajiban Islam iaitu menunaikan
haji ke kota suci Mekah. Ciri ini adalah mesti kita contohi, kerana kemuliannya
membantu orang lain.
4. Keusahawanan
Sosial.
Keusahawan sosial ialah merupakan salah satu
trend terkini bagi usahawan yang berjaya. Ianya juga merupakan sumbangan
usahawan kepada organisa sosial mahupun organisasi bukan sosial untuk membantu
masyarakat yang kurang berkemampuan. Oleh kerana, kebajikan hanya boleh
ditanggung oleh orang-orang yang kaya dengan harta, maka bagi menambat hati
pelanggan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sedar akan tanggungjawab sosial yang
perlu diberi kepada masyarakat yang kurang berkemampuan. Beliau akan mengambil
peluang untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk tujuan
kemasyarakatan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pernah
berkata “jika kita senang, kesenangan yang diperolehi itu adalah datang dengan
tanggungjawab. Kita perlulah melakukan amal jariah. Walaupun sedikit, biarlah
yang sedikit itu ada berkatnya”. Selain itu, kata-kata beliau juga adalah seperti
“saya suka jika nikmat sedikit itu, kita kongsikan bersama supaya lebih
diberkati”
Sebagai contoh, Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary telah menubuhkan Yayasan Al-Bukhary bagi membantu pelajar-pelajar
Islam yang tidak berkemampuan untuk menyambung pelajarannya keperingkat yang
lebih tinggi. Maka dengan itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memberi bantuan
kepada orang ramai. Walaupun beliau seorang mahukan orang Melayu berjaya namun
walaubagaimana pun, beliau juga telah membantu orang bukan Islam yang tidak
mampu di Langkawi dengan menyumbangkan dana sebanyak RM1 juta bagi Projek
Langkawi yang dilaksanakan oleh MCA untuk program pedidikan di luar bandar dan
biasiswa kepada pelajar miskin
Kesimpulannya, ciri keusahawan tanggungjawab
sosial pelu ada pada setipa diri usahawan yang berjaya. Ini kerana, setiap apa
yang kita buat atau beri kepada orang, kita akan dapatnya semula walaupun
sedikit.
5. Tegas.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai
ciri-ciri keusahawanan yang tegas. Beliau adalah seorang yang sangat tegas
walaupun dalam pelbagai situasi, hai ini kerana, beliau menginginkan hasil
kerja yang berkualiti dalam perniagaannya. Tetapi kadang-kala beliau adalah
seorang yang ceria, peramah, dan cerdas dengan pekerja pekerja bawahannya. Jika
anda seorang pekerja biasa, adakah anda mahu hasil kerja yang berkualiti? Mahu
bukan? Maka inilah sebab kerana Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary seorang yang
tegas. Hal ini adalah bertujuan meningkatkan lagi kualiti hasil kerja
pekerjanya dan dapat meningkatkan produktiviti syarikat-syarikat beliau.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pernah
berkata “kejayaan dan kegagalan kita bukan disebabkan bangsa atau agama kita.
Ianya berkait dengn cara kita berfikir. Gigih, tegas, dan tidak berputus asa
adalah kunci kejayaan seseorang, akan tetapi orang Melayu tidak mengamalkan
sikap ini”. Itu adalah kata-kata beliau yang telah memberi kita tips bagaimana
mahu berjaya sepertinya.
Terdapat pelbagai contoh yang kita boleh
contohi daripada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Antaranya, beliau begitu
tidak suka apabila melihat anak muda Melayu sekarang yang suka membuang masa
dan beliau sangat kecewa apabila orang Cina 100 kali lebih berjaya dari orang
Melayu. Beliau telah menegaskan kepada pekerja-pekerjanya supaya tjangan
membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Biarlah
orang Melayu bermula dari bawah iaitu menjadi orang pekerja bawahan kemudian
sedikit demi sedikit kita perlu menegaskan diri kita untuk lebih berjaya
sehingga ke menara gading.
Selain itu, beliau bertegas untuk mengambil
syarikat yang dalam keadaan yang mengalami kerugian teruk iaitu MMC dan PERMAS
demi menyelamatkan syarikat- syarikat tersebut. Ini kerana beliau begitu tegas
dalam membangunkan syarikat-syarikat miliknya.
RUJUKAN
Sumber daripada buku :
l Bab
2: Mengenali Ciri-Ciri Usahawan (2015) In Prinsip-Prinsip Keusahawanan.
Pendekatan Gunaan Edisi Kedua.
l Brian
Tracy: reinvention (Edisi Bahasa Melayu)
l Lim
Goh Tong.(2003).My Story. Malaysia: Coronet Books Inc
Sumber
daripada internet :
l Usahawan.com,
tokoh Perniagaan: Fareeda Nyata Jelita. Retrieved from http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/fareeda-nyata-jelita.html
l Entrepreneur
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Retrieved from http://uumentrepeneurship.blogspot.my/2015/04/ciri-ciri-usahawan-dalam-diri-tan-sri.html
l Entrepreneur
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Retrieved from http://sahabatroselle.blogspot.my/2012/08/19-prinsip-kejayaan-tan-sri-mokhtar-al.html
l Entrepreneur
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Retrieved from http://sahabatroselle.blogspot.my/2012/08/19-prinsip-kejayaan-tan-sri-mokhtar-al.html
l Tudung
Fareed cetus fenomena. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tudung-fareeda-cetus-fenomena-1.364428
l Tokoh
usahawan berjaya. Retrieved from http://anisukor91.blogspot.my/2015/03/tokoh-tokoh-usahawan-yang-berjaya-di.html
l Ten
Traits of Successful Entrepreneur. Retrieved from
l Dhananjay
Kumar (2009). Retrieved from http://www.scribd.com/doc/16315025/Leadership-Style-of-Billgates
l Entrepreneur
Tan Sri Sed Mokhtar Al-Bukhary. Retrieved from http://yusuffratna.blogspot.my/2010/02/ciri-wirausahawan-meredith-et-all
Our group blog :