Friday, 6 November 2015

Ciri-Ciri Keusahawanan

A.   9 CIRI KEUSAHAWANAN YANG SANGAT DIPERLUKAN BESERTA CONTOH TOKOHNYA

1)    MENGAMBIL RISIKO TERBUKA
Perniagaan menuntut sepenuh perhatian, tenaga, masa dan pengorbanan yang menyeluruh kerana perniagaan merupakan bidang yang serius. Seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri berani mengambil risiko kerana setiap perniagaan pasti ada zaman kejatuhan walaupun sekali. Dalam petikan surat khabar Sinar Harian bertarikh 30 Jun 2013, menyatakan bahawa “setiap induvidu yang mahu bergelar usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu yang cukup dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku”. Petikan ini membuktikan bahawa pentingnya seorang usahawan bersedia mengambil risiko yang bakal datang.
Ciri ini amat sesuai dengan tokoh keusahawanan di Malaysia iaitu Tan Sri Lim Goh Tong. Kedatangan beliau sebagai seorang yang sangat miskin menyebabkan beliau berusaha lebih keras untuk membaiki taraf hidupnya. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2007 sebagai orang terkaya di Asia Tenggara dengan asset bernilai RM421.8 bilion. Sebelum beliau meninggal, beliau sempat menulis biografi yang bertajuk “My Story”. Karya tersebut menceritakan tentang kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong dalam bidang keusahawanan. Beliau sering mengamalkan sikap menepati masa. Sebagai contoh beliau akan hadir 10 minit awal dari masa perjanjian. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau akan menerima apa sahaja risiko yang bakal datang kerana bagi beliau mereka yang takut akan risiko adalah mereka yang tidak Berjaya.
Selain itu, Tan Sri Lim tidak pernah terfikir untuk bersara walaupun kewangan beliau sudah stabil. Beliau tetap sanggup mengambil risiko dengan terbuka kerana baginya bila-bila sahaja adalah merupakan waktu yang terbaik untuk memulakan sesuatu perniagaan. Apabila beliau berkata ingin membangunkan kawasan peranginan yang terkenal, ramai sahabatnya tercengang dan tidak percaya. Hal ini demikian kerana idea dan impian beliau merupakan risiko yang besar dan jika tidak berjaya beliau akan mengalami kerugian yang besar. Bahkan terdapat seorang sahabatnya menyatakan bahawa ideanya seperti cerita ajaib dalam Hikayat Seribu Satu Malam. Walau bagaimanapun, beliau tetap tekad meneruskan cita-citanya untuk membangunkan kawasan hutan sebagai pusat peranginan yang terkenal.
Semangat usahawan yang tinggi dapat dilihat dalam diri Tan Sri Lim Goh Tong walaupun usia beliau sudah mencecah 50-an. Beliau masih sanggup mengambil risiko dan bersedia dengan sebarang kemungkinan secara terbuka dalam bidang hartanah. Beliau seorang yang mempunyai kekuatan dalaman dan ia tidak disedari oleh orang ramai, seorang yang mempunyai gaya sederhana tetapi mempunyai keazaman yang waja untuk mencapai kecemerlangan.
Tuntasnya, setiap usahawan perlu menerima sebarang kemungkinan untuk jatuh dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang cerah. Jika seorang usahawah itu tidak berani mengambil sebarang risiko maka hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan. Hal ini demikian kerana, usahawan yang takut akan risiko mampu menghalang mereka daripada berfikiran kreatif dan inovatif.








 Tan Sri Lim Goh Tong

2)    MEREBUT PELUANG
Tan Sri Anthony Francis Fernandes yang dikenali sebagai  Tony Fernandes  ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd",yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Melalui perkara ini ,terbukti bahawa Tony Fernandas adalah seorang yang merebut peluang. Selepas Fernandes memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang kurang maju kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang, beliau telah menjadi terkenal. Fernandes juga telah berperanan dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, dengan mendapatkan persetujuan bekas Perdana Menteri MalaysiaTun Dr. Mahathir Mohamad. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain. Selain itu beliau juga telah mengambil peluang dengan membeli syarikat air asia yang berhutang dan pada ketika itu tiada sesiapa yang berani untuk menaiki kapal terbang namun beliau seorang sahaja yang dapat melihat peluang dalam industri penerbangan.
Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, telah mengalami kemerosotan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, selain daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes  memajak  rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.
Waktu itu merupakan suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah  perindustrian penerbangan ,menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila". Hal ini kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula  organisasi  AirAsia dengan imej dan konsep yang baru telah membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. 
            Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Pada waktu itu sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat.. Ferdandes mengandaikan bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia sahaja yang pernah menaikki kapal terbang  Strategi ini telah memberi kejayaan kepada beliau.
Kesimpulannya, Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Atas permintaanya, beliau mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu Tiger airways sebuah syarikat singapura, Lion air sebuah syarikat Indonesia dan sebagainya.



                                                               Tony Fernandes


3)    BERPANDANGAN JAUH
Usahawan dalaman bahasa Inggeris entrpeneur berasal daripada bahasa Perancis entreprendre bermaksud memikul tugas atau mencuba. Usahawan bermaksud seseorang yang mengusahakan perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya. Menurut Brian Tracy dalam bukunya, ‘Reinvention-Edisi Bahasa Melayu’,” salah satu ciri orang yang paling Berjaya adalah yang berpandangan jauh. Menurut beliau berpandangan jauh bermaksud mereka yang sentiasa memikirkan perihal masa depan.” Sebagai contoh, Ananda Krishnan berpandangan jauh apabila membangunkan KLCC, Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, bangunan kedua tertinggi di dunia.
Ananda Krishnan dilahirkan pada tahun 1938 kepada ibu bapa yang berasal dari Sri Lanka. Beliau belajar di Vivekananda Sekolah Tamil di Brickfields Kuala Lumpur dan melanjutkan di Victoria Instituion, Kuala Lumpur. Beliau memperolehi ijazah BA kepujian dengan pengkhususan dalam bidang sains politik. Seterusnya Ananda Krishnan mendapat ijazah Sarjana Pentandiran Perniagaan dari Hardvard Business School dan menamatkan pengajian pada tahun 1964.
Selain itu bukti lain sebagai beliau seorang yang berpandangan jauh ialah beliau menawarkan perkhidmatan TV Satelit Astro kini meliputi beberapa negara seperti Malaysia, Taiwan, Indonesia, India, Filipina, Brunei dan Vietnam. Di Malaysia sahaja, 850,000 orang menggunakan perkhidmatan TV Satelit Astro. Astro bernilai RM 4 billion. Fikiran beliau berasaskan masa depan telah memberikan keuntungan yang besar kepada beliau. Seterusnya beliau juga melihat dan menilai peluang perniagaan di luar negara. Ananda Krishnan mempunyai kepentingan dalam bidang minyak dan gas di Amerika Syarikat, Sri Lanka, Mesir, Indonesia dan sebagainya. Beliau juga memiliki studio animasi, sebuah di Filipina dan sebuah lagi di Hollywood. Beliau juga memiliki pembakaan kuda di Australia. Selain itu, beliau juga memiliki kepentingan dalan TVB.com, iaitu TV interaktif yang berpusat di Hong Kong.
Kesimpulannya, golongan muda kini perlu mencontohi Ananda Krishnan supaya mereka juga dapat mengambil keputusan berdasarkan masa depan. Mereka yang berfikiran ke hadapan akan menghadapi pelbagai cabaran untuk berjaya dengan cemerlang.





Ananda Krishnan



4)    KEGAGALAN ADALAH PILIHAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, kegagalan bermaksud tidak berhasil atau tidak berjaya; tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Oleh itu, adalah perkara biasa bagi mereka yang menghadapi kegagalan untuk merasa sedih dan kecewa. Namun begitu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, individu haruslah memilih kegagalan sebagai satu pilihan dalam apa jua yang diusahakan. Seseorang usahawan berjaya akan memandang kegagalan sebagai satu dorongan untuk terus berjaya dan mencapai apa yang dirancang.
Tokoh yang boleh dikaitkan ialah Puan Faridah Zakaria. Beliau merupakan pengasas rekaan tudung berjenama terkemuka di Malaysia iaitu tudung FAREEDA. Rekaan tudung beliau mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia sehingga mampu menghasilkan jualan hampir RM 20 juta pada tahun 2012.
Puan Faridah tidak mengecapi kejayaan dalam waktu yang segera. Beliau sebenarnya pernah mengalami kegagalan. Sebelum berjinak dalam dunia fesyen tudung, beliau terlibat dalam bidang kecantikan dengan membuka sebuah salun kecantikan dii Pulau Pinang. Namun begitu, salunnya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dan bertahan selama setahun sahaja.
Sememangnya selepas gagal dalam perniagaan salun, beliau merasa tertekan kerana mengenangkan kehidupannya yang benar susah dan perlu menyara keluarga. Akan tetapi, kegagalan itu tidak membuatkan beliau terus leka dalam perasaan kecewanya. Beliau menganggap ianya sebagai cabaran dan pemangkin untuk beliau meneruskan kehidupan dan memulakan sesuatu yang baru.
Beliau telah mula menjahit tudung mengikut rekaannya sendiri lantaran susah untuk menemui rekaan tudung yang mengikut citarasanya di pasaran. Sahabat dan saudara-maranya tertarik dengan rekaan tudung tersebut dan mula membuat tempahan. Maka bermulalah penglibatannya dalam bidang fesyen tudung. Awalnya, tempahan tudung yang beratus-ratus hanya disiapkan menggunakan dua mesin jahit terpakai. Walaupun sibuk menyiapkan tempahan, beliau tetap bijak dalam membahagikan peranan sebagai seorang usahawan, isteri dan ibu. Puan Faridah beruntung kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan mendorongnya sentiasa.
Kini, Fareeda House of Scarfs dengan slogan Nyata Jelita telah mempunyai lebih daripada 100 orang pekerja dan 300 pengedar di seluruh Malaysia. Fareeda juga telah berjaya menawan hati ramai wanita dan juga mempunyai pelanggan setia walaupun tudungnya mencecah ratusan ringgit. Ini adalah hasil daripada semangatnya untuk bangun daripada kegagalan dan juga kreativiti yang dimilikinya dalam menghasilkan tudung yang berkualiti tinggi, selesa dan cantik.
Kesimpulannya, benarlah kata pepatah, “Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya”.




                                 
                                       Puan Faridah


5)      BUDAYA TERBUKA
     Budaya berniaga bukanlah perkara yang asing dalam masyarakat Islam. Malah budaya berniaga ini amat ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pintu rezeki yang utama. Ini selaras dengan sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud; “Sembilan daripada persepuluh rezeki datang daripada perniagaan”  Penekanan budaya berniaga dalam Islam  turut  menekankan nilai-nilai baik yang perlu diamalkan menepati prinsip dan matlamat syariah.  
    Tokoh yang sesuai dengan ciri yang membuka budaya ialah Tan Sri Mohd Nadzmi Salleh. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau dilahirkan pada 1 Mei 1954. Beliau juga mempunyai 10 orang adik-beradik.

    Seseorang usahawan perlu mempunyai sikap yang terbuka jika ingin berjaya. Beliau berpendapat bahawa seseorang usahawan seharusnya tahu bagaimana melakukan sesuatu dalam masa yang singkat dan menggunakan kos yang paling rendah. Perwatakan untuk menjadi seseorang yang berjaya ialah perlu sentiasa ceria dan tersenyum. Selain itu, usahawan juga perlu mudah mesra untuk memudahkan pekerja mendekati kita dalam urusan kerja.  



                                                       Tan Sri Mohd Nazri


6)    KERJA BERPASUKAN
Usahawan yang berjaya mengakui bahawa mereka tidak akan dapat membina empayar dan mencapai tahap kejayaan yang begitu tinggi bersendirian. Pendekatan yang digunakan adalah dengan mengamalkan team-oriented atau bekerja sebagai satu pasukan. Kejayaan itu lebih sukar jika diusahakan sendirian berbanding bergandingan didalam satu pasukan.
Bagi usahawan yang mengaplikasikan pimpinan berorientasikan pasukan, mereka akan mempunyai hubungan yang tidak terbatas antara ahli pasukannya. Mereka juga bebas untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Hal ini akan mewujudkan rasa selesa kepada ahli pasukannya bagi menjana dan menyatakan ideanya. Maka,
Ciri ini mampu dan terbukti dapat meningkatkan kecekapan dalam apa jua yang dilakukan. Di samping itu, ia dapat mencetuskan lebih banyak idea-idea yang kreatif dan inovatif. Dan inilah yang membawa kejayaan kepada seseorang usahawan dan pasukannya.
Usahawan yang menepati ciri ini ialah seorang yang benar-benar berjaya dan dikenali di pelosok dunia. Beliau ialah William Henry Gates III atau lebih dikenali ramai sebagai Bill Gates. Beliau merupakan usahawan yang membangunkan perisian komputer yang digunakan hampir di seluruh dunia iaitu Microsoft dan telah mengaut untung yang begitu banyak.
Pada awalnya, Gates bekerjasama dengan sahabatnya ketika sekolah menengah dan kolej, Paul Allen. Mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang sama membolehkan mereka untuk menjana idea bagi mencipta Microsoft. Mereka juga bekerja sebagai pasukan yang serasi walaupun mereka hanya berdua pada awal penciptaan dan pengenalan Microsoft.
Idea penciptaan mula tercetus apabila Allen menceritakan tentang artikel majalah kepada Gates mengenai penciptaaan komputer mikro yang pertama. Mereka berdua sama-sama dapat melihat peluang yang dapat di ambil daripada penciptaan komputer tersebut. Kemudian, Gates dan Allen bekerjasama siang dan malam bagi menyiapkan model perisian tersebut. Hasil usaha dan gandingan serasi Gates dan Allen, ahirnya perisian tersebut berjaya beroperasi apabila perisian tersebut di uji di Albuquerque.
Bagi mencipta sebuah pasukan yang hebat, Gates hanya memilih pekerja yang dirasakan hebat dan mampu bekerja dengan cekap serta pantas. Ciri-ciri yag ditetapkan oleh Bill Gates adalah merujuk kepada sifat beliau sendiri. Apabila pekerja atau ahli pasukan mempunyai sifat dan kecenderungan yang sama, ini memudahkan segala interaksi yang akan berlaku dalam sesebuah pasukan.
Kesimpulannya, usahawan yang mengamalkan kerja yang berorientasikan pasukan sememangnya mempunyai kemungkinan yang amat tinggi untuk mencapai kemuncak kejayaan. Akhir kata, pasukan yang hebat membawa kepada kejayaan yang diimpikan.



                                     William Henry Gates III

                               

7)      PROAKTIF

      SINAR ONLINE 20 JANUARI 2015, KUALA LUMPUR - Setiap orang perlu proaktif mengambil peluang yang ada untuk menjadi komuniti usahawan yang berjaya. Dalam sesebuah perniagaan, semangat proaktif sangat penting untuk menjaga keuntungan syarikat.
        Ciri ini sangat penting dan bersesuaian dengan tokoh Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar. Beliau dikatakan sebagai seorang usahawan yang proaktif. Beliau merupakan bekas penuntut pusat pengajian Universiti Malaya. Beliau telah memulakan kerjayanya dalam perkhudmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor & Galian Selangor. Selepas itu, beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.
             Beliau dikenali sebagai seorang Pengerusi Eksekutif yang aktif dan praktikal. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang beliau perolehi semasa memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian selama kira-kira 21 tahun dalam industri pembangunan hartanah. Tan Sri Mustapha Kamal mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya kerana beliau dapat menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi kumpulan dengan merangka wawasan serta matlamat. Oleh itu, beliau dapat mencurahkan segala pengetahuan yang beliau miliki dalam bidang industri kepada semua kakitangannya.
     Tan Sri juga merupakan seorang yang pemurah kerana beliau telah banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah tempatan dan antarabangsa. Selain itu, beliau juga merupakan Pengarah South-South Corporation Berhad (MASSCORP), ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan Penyelaras Negara bagi Afrika.
    Beliau juga telah mendapat beberapa anugerah sebagai penghargaan keran telah memberi pelbagai sumbangan yang besar sepanjang tempoh kerjaya beliau dengan cemerlang. Antaranya ialah pada 15 Mac 2004, Tan Sri Mustapha Kamal telah dianugerahkan dengan pengiktirafan “Professor Adjung” oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Beliau juga telah menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja Muda Perak. Beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana, 




                                                 Tan Sri Mustapha Kamal

  

8)    HASIL BERORENTASI
            Hasil berorientasi bermaksud usahawan yang mengutamakan mengerjakan tugas –tugasnya dengan baik. Seorang usahawan amat mementingkan proses yang dilakukan untuk menyelesaikan tugas, supaya memastikan tugas tersebut berjalan secara efisien atau tidak. Seorang usahawan mengutamakan keefisienan dan keefektifan suatu tugas, disebabkan ia melibatkan pelbagai sumber seperti dana (modal) yang dikeluarkan, tenaga yang dihabiskan dan waktu yang diguna. Oleh itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary seorang usahawan yang Berjaya.
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut,Yaman. Bapanya , seorang yang selalu mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berdagang. Pada pertengahan tahun 1940-an, bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan untuk menetap di Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak ketiga dari tujuh orang adik beradik. Mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan hinggakan rumah kayu yang didiami mereka tidak mempunyai katil, meja dan kerusi. Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar, Kedah tetati apabila usia beliau mencapai 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama saudaranya sehingga tingkatan dua. Kemudian, Tan Sri Mokhtar balik ke kampong halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di jalan Telok Wanjah, Alor Setar di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA). Pada tahun 1975 pula, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lessen perdagangan beras daripada Bernas. Beliau Berjaya mendapat kontrak berjaya mendpat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA, pernas edar dan beberapa anak syarikat Perbadanan Ekonomi Negeri Johor.


                                                Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Daripada membekalkan beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaan kepada komoditi lain Bukhari Sdn.Bhd. setahun selepas Tan Sri Mokhtar memulakan operasinya, beliau menubuhkan Tan Sri Bukhari bagi mendapatkan kontrak membekalan beras, tepung coklat, tepung, susu dan minyak sapi kepada kerajaan. Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn.Bhd pada tahun 1979, iaitu sebuah syarikat usaha sama dengan New Zealand Milk Products dan memasarkan produk di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Namun ekoran daripada kegawatan ekonomi, beliau telah menjual kepentingan dalam Susu Mas Sdhn.Bhd padapertengahan tahun 80-an.
Tan Sri Syed Mokhtar telah dijemput untuk Ekspo PerdagangaN Canton, China pada tahun 1978. Semasa berada di China, beliau telah melaksanakan sisitem barter iaitu dengan menukarkan keluaran kokonya dengan the yang dari China. Beliau kemudiannya telah melangkah kepada sector pembuatan pakaina seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan iaitu dengan membekalkan pihak tentera 120000 pasang kasut dan 330000 pasang pakaian seragam. Ekoran dari kejayaan inilah, beliau telah menubuhkan Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Pada tahun 1998, Amtek Holdings telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL). Wang diperolehi daripada penyenaraian inilah beliau telah membeli Spark Manshop bagi mengeluaran dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kinin anak syarikat Amtek Holdingd iaitu Amtek Garments Sdn.Bhd telah mengeluarkan kasut tentera dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Louis. 
Sumbangan Yayasan Al-Bukhary dalam projek bukan islam juga terserlah. Walaupun Yayasan Al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercicirkan Islam, beliau tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam seperti sumbangan dana RM1 juta bagi Projek Langkawi yang dilaksanakan oleh MCA untuk program pendidikan di luat Bandar dan biasiswa kepada pelajar miskin. Kesimpulannya, beliau adalah usahawan Bumioutera yang terkaya di Malaysia yang mengutamakan ciri hasil berorientasi dalam kehidupannya.


9)    RANGKAIAN
Rangkaian bermaksud sekumpulan peranti dan juga dikenali sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi., Rangkaian mempunyai pelbagai jenis seperti talian internet, talian  telefon seperti digi,celcom dan maxis. Oleh itu,seorang usahawan yang berjaya dalam bidang rangkaian ialah CEO Maxis yang bernama Morten Lundal. Morten menyertai Maxis sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Oktober 2013, membawa bersamanya lebih 16 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi. Morten juga Pengarah Maxis Berhad dan anak-anak syarikat operasi.
Sebelum menyertai Maxis, Morten merupakan Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Vodafone Group Plc, ahli Jawatankuasa Eksekutif yang bertanggungjawab bagi aktiviti komersial di peringkat kumpulan. Sebelum memegang jawatan itu pada tahun 2010, beliau menjadi ketua pegawai eksekutif serantau bertanggungjawab bagi lapan syarikat yang beroperasi di Eropah Tengah dan Afrika. Beliau menyertai Vodafone pada tahun 2008.
Sebelum Vodafone, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DiGi.Com Berhad. Morten menyertai pengendali mudah alih Nordic Telenor pada tahun 1997 dan telah memegang beberapa jawatan Ketua Pegawai Eksekutif termasuk Bahagian Internet dan Telenor Business Solutions serta jawatan Naib Presiden Eksekutif bagi Strategi Korporat. Morten memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari IMD Lausanne dan Ijazah Sarjana Perniagaan dan Ekonomi dari Sekolah Norway Pengurusan, BI.
Kesimpulannya, beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan meggunakan ciri rangkaian dengam sepenuhnya. Morten merupakan seorang usahawan yang mempunyai fikiran yang luas tentang kegunaan rangkaian terhadap manusia pada zaman moden kini.



B.   BIOGRAFI TOKOH KEUSAHAWANAN DAN 5 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN YANG TERDAPAT PADA DIRI BELIAU.

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY




Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ialah dikenali sebagai usahawan yang cintakan kebajikan kerana beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah iaitu pada tahu 1951. Keluarga beliau adalah berasal dari Hadhramaut, Yaman. Bapa beliau selalu mengembara hingga ke Asia Tengah untuk melakukan aktiviti berdagang. Bapa beliau juga telah memmbuat keputusan untuk menetap di Alor Setar, Kedah pada pertengahan tahun 1940. Beliau merupakan anak ke tiga daripada tujuh orang adik beradik. Dari mula kehidupan beliau lagi beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan kerana rumah yang didiami oleh ahli keluarganya tidak mempunyai katil, meja, kerusi, dan perabot-perabot lain. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga tidak memulakan persekolahan pada umur 7 tahun malah beliau memulakan persekolahan ketika berumur 9 tahun ketika tinggal bersama bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru sehingga beliau berumur 14 tahun. Dan kemudiannya beliau tinggal bersama ahli keluarganya balik di Alor Setar untuk menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan 5 di Sekolah Saint Micheal’s.

Keadaan keluarga Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang serba kekurangan telah memberi semangat kepada kepadanya untuk memulakan perniagaan bagi membantu menampung pendapatan keluarganya. Oleh hal demikian, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary membantu ibunya bercucuk tanam dan kemudiannya menjual sayur-sayuran iu di pasar di Jalan Telok Wanjah. Selain itu, beliau juga membantu bapanya mengembala haiwan peliharaan bapanya selepas waktu sekolah namun walaubagaimanapun pada tahun 1970-an, tercetus wabak kaki dan mulut sehingga menyebabkan perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemeresotan. Namun, mereka tidak berputus asa malah mereka meneruskan lagi perniagaan menjual daging tetapi menjual daging ais secara kecil-kecilan.
Selepas perniagaannya stabil beliau beralih kepada perniagaan pengangkutan dan akhirnya pada tahun 1972. Syarikat Kenderaan Sentosa memberinya permit bagi empat buah lori kelas A. Perniagaannya semakin berjaya dan terus berjaya. Walaupun sudah berjaya beliau masih meneruskan lagi perniagaan secara terus menerus sehinggalah pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary membeli rumah kedainya yang pertama di bawah perjajian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) di Jalan Telok Wanjah, Alor Setar. Tahun demi tahun sehinggalah beliau berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri iatu Syarikat Shah dan mendapat lesen perdagangan beras daripada BERNAS dan pada tahun 1975, beliau membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA, Pernas, dan beberapa syarikat lain. Kejayaannya itu amat memotivasikan diri kami sebagai anak muda untuk memajukan perniagaan ke persada dunia sehingga berjaya.
Selepas membekalkan beras, beliau mengembangkan perniagaan barunya iaitu Bukhari.Sdn.Bhd yang mengeluarkan gula dan kekal sehingga sekarang. Kemudian, beliau menubuhkan Bukhary (KL), Sdn.Bhd bagi membekalkan beras, tepung coklat, teh, minyak sapi dan beberapa makanan lain kepada kerajaan. Selain itu, beliau menubuhkan Susu Mas Sdn.Bhd dengan usaha sama dengan New Zealand Milk Products di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Semasa beliau berada di China pada tahun 1978, beliau telah menukarkan keluar koko dari Malaysia dengan teh dari China dengan menggunakan sistem barter. Seterusnya, beliau menggiatkan perniagaan kepada pembuatan pakaian. Kementerian Pertahanan dibekalkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan ratusan ribu pasang kasut dan pasangan pakaian seragam. Tambahan pula, beliau menubuhkan Amtek Holdings yang telah tersenarai di Papan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan dengan inilah pakaian jenama Crocodile dikeluarkan dan dipasarkan.
Pelbagai jenis perniagaan beliau telah ceburi dan beliau sentiasa ingin melakukan perubahan. Perniagaan seterusnya pula ialah perkapalan dan penubuhan Bukhari Shipping. Beliau menamakan kapal yang mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak dengan nama Angsa Mas. Kapal tersebut telah dibeli olehnya dari Jerman. Kemudian, beliau melibatkan diri dalam projek perumahan di bawah Syarikat Bukhary Development. Beliau juga melibatkan diri dalam projek penswastaan Johor Port Sdn Bhd dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd dan dari situ beliau berjaya mempopularkan Pelabuhan Tanjung Pelepas sehingga meyakinkan syarikat perkapalan antarabangsa.
Akhir sekali, pada Mac 1996, Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary menubuhkan badan kebajikan masyarakat bagi membantu golongan miskin dan mebiayai pelajar pelajar muslim supaya dapat belajar. Pada masa yang sama, beliau telah membina Kompleks Perniagaan (SOUQ), Masjid Al-Bukhary di Alor Setar, Kedah dan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur. Pelbagai lagi kebajikan yang telah beliau sumbangkan kepada Malaysia mahupun di luar negara.
Sebagai seorang manusia yang ingin berjaya, kita haruslah mencontohi ciri-ciri yang ada pada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Pelbagai ciri-ciri keusahawanan yang ada pada beliau yang menyebabkan beliau berjaya sampai hari ini dan mengharumkan nama Malaysia dipersada dunia. Antara ciri-ciri keusahawanan yang ada pada beliau ialah sentiasa berusaha dan tidak pernah mengalah walaupun gagal dengan percubaan pertama, mengingati agama Islam walaupun sudah berjaya, tidak mementingkan diri sendiri, bijak mengambil peluang, dan tegas dalam sesuatu perkara.
1.    Sentiasa berusaha walaupun pernah gagal.
Ciri keusahawan pertama yang akan kami bincangkan ialah sentiasa berusaha walaupun gagal. Sebagai contoh, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary membantu bapanya menjual lembu-lembu ternakan bapanya. Pada suatu ketika dahulu, perniagaan bapanya muflis oleh kerana penyakit virus kaki dan mulut. Hal ini amat merunsingkan keluarga akan tetapi beliau dan bapanya tidak putus asa dalam menggiatkan diri dalam perniaggaan menjual daging lembu. Oleh itu,  mereka mengambil alih untuk menjual daging ais secara kecil-kecilan dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar dan menjualnya kembali kepada peniaga-peniaga Bumiputera dan restoran-restoran yang memerlukan daging di sekitar Alor Setar. Dah akhirnya, perniagaan itu berjaya dan memberikan keyakinan kepada beliau untuk terus membuka perniagaan-perniagaan baru.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pernah berkata “Saya malu dengan orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda di tanah Malaysia. Tapi inikan tanah Melayu. Saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya, kena kerja tidak kira siang dan malam. Kita ada kekuatan yang Allah beri melebihi bangsa lain. Tapi kalau kita nak berjaya kita kena berusaha”.
Selain itu, sekitar tahun 1979 Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menubuhkan Susu Mas Sdn.Bhd iaitu syarikat usaha sama dengan New Zealand Milk Products di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada sekitar pertengahan 80-an, berlaku kegawatan ekonomi yang sangat teruk. Beliau telah sedaya upaya untuk menstabilkan perniagaannya namun tidak berjaya dan beliau membuat keputusan untuk menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn.Bhd. Walaupun beliau telah menjual kepentinggannya dalam perniagaan susu tetapi beliau tidak hanya berhenti di situ. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary meneruskan lagi perniagaannya dalam sektor lain supaya lebih maju dan beliau dapat mengumpul pelbagai pengalaman dari apa yang telak beliau lalui. Akhir sekali, ciri ini adalah ciri utama yang perlu ada pada setiap usahawan yang ingin memajukan perniagaan mereka.
2.    Tidak mementingkan diri sendiri.
Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memiliki ciri usahawan yang tidak mementingkan diri sendiri. Jika setiap usahawan memiliki sifat mementingkan diri sendiri maka itu adalah sifat akan tamakkan harta dan sifat ini tidak akan membwa kejayaan kepada mana mana usahawan. Hal ini demikian kerana, beliau telah membina yayasan yang bernama Yayasan Al-Bukhary telah menjalankan pelbagai projek mega. Antaranya, Pusat Kecermelangan Sharifah Rokiah, Kompleks Perniagaan (SOUQ), Hospital Al-Bukhary, Hostel Al- Bukhary, Masjid Al-Bukhary, Pusat Pendidikan Masyarakat Pusat ‘Pondok’ Moden, Rumah Kanak-Kanak Istimewa dan banyak lagi kemudahan yang dibina oleh beliau. Beliau juga telah membina 12 masjid melalui yayasan ini serata dunia. Dari situ kita boleh lihat bahawa beliau adalah bukan seorang yang mementingkan diri sendiri kerana beliau memberi kemudahan-kemudahan yang penting kepada penduduk di sekitar Alor Setar mahupun negeri lain.
Tan Sri Syed Mokhatar Al-Bukhary pernah berkata “Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain” dan “saya ada emotional attachment kepada bangsa, agama, dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran itu tidak mustahak”.
Seterusnya, semasa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mengurus sektor pembuatan beliau telah membekalkan sebanyak 120,00 pasang kasut, 330,000 pasang pakaian seragam di bawah kontrak pihak Kementerian Pertahanan. Maka, kita boleh lihat bertapa sifat tidak mementingkan diri dalam sifat beliau. Beliau telah membantu Malaysia dalam menyumbangkan pakaian seragam kepada pihak pertahanan Malaysia. Beliau berjaya menubuhkan Amtek Holdings dan Oriental Garments Uniform Division iaitu dalam pengeluaran kasut dan pakaian.
3.    Tidak lupa akan agama Islam
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak pernah lupa atas nikmat yang telah Allah berikan kepadanya. Malah hasil kekayaannya dia berkongsi dengan orang yang memerlukan bantuannya. Sebagai contoh, beliau telah membina Yayasan Al-Bukhary iaitu institusi pengajian yang membantu pelajar-pelajar Malaysia untuk 3,000 orang. Selain itu, beiau juga telah memperkenalkan kesenian Islam kepada pelancong asing dengan membina Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur. Muzium tersebut adalah muzium pertama yang memaparkan hasil seni Islam. Seterusnya, beliau membina Masjid Al-Bukhary yang berdekatan dengan pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas warga emas, dan pusat pengajian tinggi. Kebanyakkan kemudahan ini, disediakan untuk membantu pelajar anak orang Melayu. Ini kerana beliau ingin melihat anak-anak Melayu ini berjaya dan dapat mengatasi kekayaan yang dimiliki orang Cina. Beliau pernah berkata bahawa beliau sedih melihat keadaan sekolah-sekolah pondok di Alor Setar kerana kehidupan yang serba kekurangan. Beliau telah banyak membantu orang ramai dalam kehidupan harian kerana beliau ingin berkongsi kekayaan beliau dengan masyarakat lain.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary “Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain”.
Tambahan pula, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bukan sahaja membantu bangsa melayu malah beliau memberi sumbangan kepada projek yang dilakukan oleh orang bukan Islam seperti sumbangan RM1 juta bagi Projek Langkawi untuk progran pendidikan di luar bandar dan biasiswa kepda pelaja miskin. Seterusnya, beliau juga menjana setiap tahun bagi penghantaran rakyat Malaysia yang tidak mampu menunaikan kewajiban Islam iaitu menunaikan haji ke kota suci Mekah. Ciri ini adalah mesti kita contohi, kerana kemuliannya membantu orang lain.
4.    Keusahawanan Sosial.
Keusahawan sosial ialah merupakan salah satu trend terkini bagi usahawan yang berjaya. Ianya juga merupakan sumbangan usahawan kepada organisa sosial mahupun organisasi bukan sosial untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan. Oleh kerana, kebajikan hanya boleh ditanggung oleh orang-orang yang kaya dengan harta, maka bagi menambat hati pelanggan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sedar akan tanggungjawab sosial yang perlu diberi kepada masyarakat yang kurang berkemampuan. Beliau akan mengambil peluang untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk tujuan kemasyarakatan.           
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pernah berkata “jika kita senang, kesenangan yang diperolehi itu adalah datang dengan tanggungjawab. Kita perlulah melakukan amal jariah. Walaupun sedikit, biarlah yang sedikit itu ada berkatnya”. Selain itu, kata-kata beliau juga adalah seperti “saya suka jika nikmat sedikit itu, kita kongsikan bersama supaya lebih diberkati”
Sebagai contoh, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menubuhkan Yayasan Al-Bukhary bagi membantu pelajar-pelajar Islam yang tidak berkemampuan untuk menyambung pelajarannya keperingkat yang lebih tinggi. Maka dengan itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memberi bantuan kepada orang ramai. Walaupun beliau seorang mahukan orang Melayu berjaya namun walaubagaimana pun, beliau juga telah membantu orang bukan Islam yang tidak mampu di Langkawi dengan menyumbangkan dana sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi yang dilaksanakan oleh MCA untuk program pedidikan di luar bandar dan biasiswa kepada pelajar miskin

Kesimpulannya, ciri keusahawan tanggungjawab sosial pelu ada pada setipa diri usahawan yang berjaya. Ini kerana, setiap apa yang kita buat atau beri kepada orang, kita akan dapatnya semula walaupun sedikit.
5.    Tegas.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tegas. Beliau adalah seorang yang sangat tegas walaupun dalam pelbagai situasi, hai ini kerana, beliau menginginkan hasil kerja yang berkualiti dalam perniagaannya. Tetapi kadang-kala beliau adalah seorang yang ceria, peramah, dan cerdas dengan pekerja pekerja bawahannya. Jika anda seorang pekerja biasa, adakah anda mahu hasil kerja yang berkualiti? Mahu bukan? Maka inilah sebab kerana Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary seorang yang tegas. Hal ini adalah bertujuan meningkatkan lagi kualiti hasil kerja pekerjanya dan dapat meningkatkan produktiviti syarikat-syarikat beliau.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pernah berkata “kejayaan dan kegagalan kita bukan disebabkan bangsa atau agama kita. Ianya berkait dengn cara kita berfikir. Gigih, tegas, dan tidak berputus asa adalah kunci kejayaan seseorang, akan tetapi orang Melayu tidak mengamalkan sikap ini”. Itu adalah kata-kata beliau yang telah memberi kita tips bagaimana mahu berjaya sepertinya.
Terdapat pelbagai contoh yang kita boleh contohi daripada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Antaranya, beliau begitu tidak suka apabila melihat anak muda Melayu sekarang yang suka membuang masa dan beliau sangat kecewa apabila orang Cina 100 kali lebih berjaya dari orang Melayu. Beliau telah menegaskan kepada pekerja-pekerjanya supaya tjangan membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Biarlah orang Melayu bermula dari bawah iaitu menjadi orang pekerja bawahan kemudian sedikit demi sedikit kita perlu menegaskan diri kita untuk lebih berjaya sehingga ke menara gading.

Selain itu, beliau bertegas untuk mengambil syarikat yang dalam keadaan yang mengalami kerugian teruk iaitu MMC dan PERMAS demi menyelamatkan syarikat- syarikat tersebut. Ini kerana beliau begitu tegas dalam membangunkan syarikat-syarikat miliknya.




















RUJUKAN
Sumber daripada buku :
l  Bab 2: Mengenali Ciri-Ciri Usahawan (2015) In Prinsip-Prinsip Keusahawanan. Pendekatan Gunaan Edisi Kedua.
l  Brian Tracy: reinvention (Edisi Bahasa Melayu)
l  Lim Goh Tong.(2003).My Story. Malaysia: Coronet Books Inc

Sumber daripada internet :
l  Usahawan.com, tokoh Perniagaan: Fareeda Nyata Jelita. Retrieved from http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/fareeda-nyata-jelita.html
l  Entrepreneur Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Retrieved from http://uumentrepeneurship.blogspot.my/2015/04/ciri-ciri-usahawan-dalam-diri-tan-sri.html
l  Entrepreneur Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Retrieved from http://sahabatroselle.blogspot.my/2012/08/19-prinsip-kejayaan-tan-sri-mokhtar-al.html
l  Entrepreneur Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Retrieved from http://sahabatroselle.blogspot.my/2012/08/19-prinsip-kejayaan-tan-sri-mokhtar-al.html
l  Tudung Fareed cetus fenomena. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tudung-fareeda-cetus-fenomena-1.364428
l  Ten Traits of Successful Entrepreneur. Retrieved from
l  Bill Gates. Retrieved from https://en.wikipedia.org/wiki/Bill_Gates
l  Entrepreneur Bill Gates. Retrieved from http://www.entrepreneur.com/arcticle/197526
l  History Of Microsoft. Retrieved from https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Microsoft
l  Dhananjay Kumar (2009). Retrieved from http://www.scribd.com/doc/16315025/Leadership-Style-of-Billgates
l  Entrepreneur Ananda Krishnan. Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Ananda_krishnan

l  Entrepreneur Ananda Krishnan. Retrieved from http://www.forbes.com/profile/ananda-krishanan/
l  Entrepreneur Tan Sri Sed Mokhtar Al-Bukhary. Retrieved from http://yusuffratna.blogspot.my/2010/02/ciri-wirausahawan-meredith-et-all


Our group blog :